Syarat 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Tidak Lagi Ditetapkan Bagi Syarikat Kendali IPS

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 10:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Syarat 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Tidak Lagi Ditetapkan Bagi Syarikat Kendali IPS

PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) -- Pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

"Penyelarasan ini dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara," menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad seperti yang dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS yang diterbitkan pada 2006.

KPM turut menghargai sumbangan semua pengusaha IPS, dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved