Syarat Kena Jadi Miskin Dulu, Netizen Kesal ‘Dimalukan’ Staf Kaunter Kerajaan Di Kuching

4 Apr 2023 • 1:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Syaratnya jadi miskin lah dolok’

Syarat Kena Jadi Miskin Dulu, Netizen Kesal ‘Dimalukan’ Staf Kaunter Kerajaan Di Kuching. Semua orang tahu bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib rakyatnya. Terutama untuk golongan kurang berkemampuan yang sentiasa mengalami kesukaran dalam menjalani hidup sehari-hari.

Setiap kali bantuan kerajaan diumumkan pasti ada golongan yang menarik nafas lega. Mana tidaknya, sedikit sebanyak bantuan ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seharian.

image is not available
Syarat Kena Jadi Miskin Dulu, Netizen Kesal ‘Dimalukan’ Staf Kaunter Kerajaan Di Kuching. Kredit: Google

Daripada menarik nafas lega, ada pula yang berkongsi kisah ‘makan hati’ apabila diperlekehkan semasa memohon bantuan tersebut. Paling menyedihkan mereka ‘dimalukan’ oleh pihak yang tanggungjawabnya menguruskan bantuan-bantuan tersebut!

Berlaku di sebuah jabatan kerajaan

Tular di laman sosial Facebook baru-baru ini apabila beberapa individu berkongsi kisah yang sama berhadapan detik memilukan di kaunter perkhidmatan kerajaan di Kuching.

Kisahnya bermula apabila, seorang individu berkongsi pengalaman ke premis kerajaan bagi memohon bantuan daripada kerajaan untuk ibu beliau.

image is not available
Kredit: Facebook

Sebelum memohon permohonan tersebut, beliau bertanya mengenai syarat-syarat permohonan bantuan tersebu terlebih dahulu. Dengan selamba pegawai tersebut menjawab ‘syaratnya kena jadi miskin dahulu’ disebabkan bantuan itu khusus untuk individu yang kurang berkemampuan.

Namun begitu, jawapan pegawai tersebut dilihat tidak profesional dan tidak berperikemanusiaan seolah-olah sengaja merendahkan golongan yang kurang berkemampuan.

Ini reaksi netizen

Ini bukanlah satu-satunya kes kerana ada juga individu tampil berkongsi kisah yang sama. Menurutnya, beliau merasa terhina apabila ditertawakan oleh staf kaunter tersebut.

Tambahnya, beliau enggan memohon lagi bantuan tersebut kerana kesal dengan layanan yang diberikan.

image is not available

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat itu. Tambah mereka, ada sesetengah individu yang terpaksa melalui beberapa proses rumit dan akhirnya tidak berjaya mendapatkan bantuan tersebut.

image is not available

Baca lagi artikel terkini: