“Syarat Saya Isteri Pertama Kena Cantik” – Wanita Tak Malu Mahu Suami Orang Untuk Berkongsi Kasih

Family & Parenting
20 Jul 2023 • 1:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, isu wanita kahwini suami orang ataupun lebih dikenali sebagai ‘penyondol’ sering kali kita dapat baca di serata platform media sosial.

Selalunya si ‘penyondol’ akan cuba sedaya upaya untuk menyorokkan perbuatan keji mereka, namun kali ini lain pula selepas seorang wanita dengan secara terbukanya mengaku mahu berkongsi kasih dengan suami orang.

Bahkan tidak kisah untuk bermadu dengan mana-mana wanita tanpa ada rasa segan silu.

image is not available

Bukan hanya tidak malu meminta jadi isteri kedua, malah dia turut meletak syarat bahawa isteri pertama perlulah mempunyai rupa paras yang cantik serta seorang yang penyayang supaya mereka boleh menjadi rakan karib.

Dalam pada masa yang sama, si suami juga perlu bersikap adil dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami supaya tiada pergaduhan dengan isteri pertama.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakkannya tidak faham dengan cara pemikiran wanita tersebut yang sewenang-wenang tawar diri untuk menjadi isteri kedua biarpun tahu hal seperti itu sangat sensitif di kalangan masyarakat.

image is not available 6 months ago

"I'm In Love With Your Husband.." - 'Influencer' Dedah Niqabis Sanggup Jumpa Ibu Suami Untuk Jadi Isteri Kedua