
KINABATANGAN: Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah Datuk Masiung Banah menggesa syarikat besar turut sama dalam usaha membantu golongan memerlukan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Beliau berkata mereka harus mencontohi usaha seperti yang dijalankan oleh syarikat korporat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) yang menunjukkan komitmen membantu golongan memerlukan melalui program amal bersama agensi kerajaan.
“Kita sedar kita dikelilingi syarikat besar dalam pelbagai industri terutama ladang kelapa sawit,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa anjuran bersama KTC dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah di Perkarangan Masjid Daerah Kinabatangan, di sini, Selasa.
Ia merupakan sebahagian daripada jelajah Program Amal Berbuka Puasa Ramadan KTC-UPPM Sabah yang memasuki hari keenam pada Rabu selepas ia dimulakan di kawasan parlimen Kalabakan, Tawau dan Semporna. Dari situ, lawatan diteruskan ke parlimen Lahad Datu sebelum menuju ke parlimen Kinabatangan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Dalam jelajah enam hari di lima kawasan parlimen, KTC turut mengadakan Program Amal Beli Belah Raya untuk anak-anak yatim dan asnaf yang dibawa ke Servay Tawau, Kunak dan Lahad Datu, di mana setiap program membabitkan seramai 50 anak yatim dan asnaf.
Program sama juga akan diadakan di Sandakan, Penampang, Putatan dan sehingga Beaufort diselaraskan bersama gerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diketuai Ketuanya Datuk Redonah Bahanda.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

