Syarikat fesyen tempatan, Christy Ng memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan individu di sebalik akaun media sosial @archnionverse, Vikneshvra Rau A/L Jananegah, membayar ganti rugi sebanyak RM180,000 susulan hantaran berunsur fitnah terhadap syarikat berkenaan.
Kes tersebut dipercayai bermula selepas akaun @archnionverse memuat naik beberapa hantaran yang mengandungi dakwaan terhadap syarikat itu sehingga mencetuskan pertikaian antara kedua-dua pihak.

Selepas perkara berkenaan dibawa ke mahkamah, pihak syarikat memaklumkan keputusan telah berpihak kepada mereka dan Vikneshvra diperintahkan membayar ganti rugi tersebut.
Menurut kenyataan yang dikongsikan, dana ganti rugi itu akan disalurkan kepada badan kebajikan sekiranya berjaya dilunaskan.
Pihak syarikat turut mendakwa individu berkenaan masih cuba menidakkan keputusan serta hukuman yang telah diputuskan mahkamah.
“Dana ganti rugi akan disalurkan kepada badan kebajikan sekiranya berjaya dilunaskan olehnya, ini susulan pihak di sana masih cuba menidakkan hukuman ini.
“Kepada Vikneshvra/Archnionverse, semoga lebih berhati-hati apabila berkata. Kerana mulut kita boleh binasa. Terima kasih.”
Dalam pada itu, syarikat berkenaan menegaskan mereka sentiasa mengalu-alukan maklum balas yang jujur dan membina, namun akan mengambil tindakan terhadap dakwaan palsu yang boleh menjejaskan reputasi mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pakar Jenayah Kongsi Teori Kehilangan Pengacara TV Zalina Azman - "Mungkin Tiada Kaitan Jenayah, Tetapi..."
The post Syarikat Christy Ng Menang Kes Fitnah, Mahkamah Arah Pemilik Akaun ‘Archnionverse’ Bayar RM180K – “Duit Saman Kami Akan Salurkan Ke Badan Kebajikan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

