Syarikat dikompaun buang sampah perniagaan di bahu jalan

2 Aug 2022 • 1:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 2 OGOS: Sebuah syarikat beralamat di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang dikompaun selepas didapati membuang sampah perniagaan di bahu jalan.

Jabatan Perkhidmatan Persekitaran Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi Ops Buang mengesan pembuangan longgokan sampah berupa makanan berbungkus yang tamat tempoh.

“Pasukan mengeluarkan satu kompaun kepada syarikat yang beralamat di Bandar Sultan Suleiman atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MPK) 2007.

“Ia kerana meletakkan sampah sarap iaitu sampah perniagaan di suatu tempat yang tidak dikhaskan oleh pihak majlis,” tulisnya di Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved