Syarikat E-Mutiara Gantung Tugas Pemandu Bas Pandu Melulu

2 Jun 2024 • 7:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Syarikat E-Mutiara Gantung Tugas Pemandu Bas Pandu Melulu

KOTA BHARU — Syarikat Konsurtium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) memaklumkan telah menggantung tugas seorang pemandu bas yang memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga tular sejak Sabtu lalu, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengerusinya, Che Ibrahim Che Ismail, pergantungan tugas itu berkuat kuasa serta-merta dan siasatan secara terperinci akan dijalankan di mana pemandu bas itu juga akan dipanggil.

“E-Mutiara mengambil serius perkara tersebut dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan individu yang melakukan kesalahan,” ujarnya sewaktu dihubungi pemberita pada Ahad.

Sebelum ini, tular satu video menunjukkan sebuah bas ekspres yang dipandu oleh pemandu terbabit bergerak secara berbahaya.

Bas tersebut cuba memotong sebuah treler pada garisan putih berkembar dan di laluan berselekoh.

Kata Che Ibrahim lagi, ia bukan sahaja membahayakan penumpang malah memberikan kesan buruk kepada syarikat akibat sikap tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan.

Susulan itu, pihak E-Mutiara telah mengambil tindakan ke atas pemandu yang dikesan melakukan kesalahan sehingga boleh membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Jelasnya, keselamatan pengguna sepanjang menggunakan perkhidmatan bas di bawah kendalian syarikat berkenaan menjadi keutamaan.

Bas Persiaran Terbalik

Sebelum ini pada bulan lepas, media melaporkan seramai 41 orang penumpang termasuk pemandu terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas dan kemudian terbalik.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kemalangan melibatkan bas dengan sebuah kereta itu berlaku di kilometer (km) 264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.

Kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas dilaporkan selamat dalam perjalanan dari Kupang, Kedah ke Ipoh untuk menghadiri majlis keagamaan.

“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.28 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dan sebuah kereta sedan.

“Terdapat 42 orang mangsa kesemuanya, 41 dari bas dan seorang dari kereta, semuanya telah keluar dengan selamat,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved