Syarikat Hukum Pekerja Tak Capai Sasaran Makan Telur Mentah Terima Kecaman Hebat

25 Aug 2022 • 9:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Syarikat Hukum Pekerja Tak Capai Sasaran Makan Telur Mentah Terima Kecaman Hebat

CHINA – Sebuah syarikat teknologi di Zhengzhou telah mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan memaksa pekerjanya makan telur mentah sebagai hukuman jika tidak memenuhi sasaran yang ingin dicapai.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pelajar universiti yang menceritakan pengalamannya melakukan internship di syarikat terbabit.

Menurutnya, syarikat tersebut mempunyai peraturan pelik di mana pekerja terpaksa menelan telur mentah jika tidak dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan.

image is not available

Tambahnya lagi, dia ditamatkan latihan selepas enggan mematuhi peraturan itu.

Pihak pengurusan dilaporkan telah mengarahkannya untuk menulis “sebab peribadi” sebagai alasan latihan ditamatkan bagi mengelakkan syarikat tersebut dikenakan sebarang tindakan.

Pendedahan yang dibuat pelajar itu telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Sebuah video yang dimuat naik di media sosial memaparkan pekerja syarikat tersebut loya ketika cuba menelan telur mentah itu telah menambah kemarahan netizen.

image is not available

Orang ramai menganggap perkara tersebut sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan dan menyeru pihak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.

Sementara itu, wakil syarikat tersebut dilaporkan tidak mempedulikan kecaman yang dilontarkan netizen.

Mereka hanya mendakwa bahawa makan telur mentah telah ditetapkan dalam buku panduan pekerja, maka semua pekerja perlu mematuhinya.

Pelajar tersebut bertanya tentang kesahihan peraturan itu, namun pihak pengurusan sumber manusia didakwa menjawab dengan soalan mereka sendiri – “Apakah undang-undang yang menghalang anda daripada makan telur mentah?”

Anggota Pemeriksaan Buruh Daerah Jinshui dilaporkan sedang menyiasat kes itu namun pakar undang-undang mendakwa bahawa mereka memerlukan keterangan lanjut daripada pelajar tersebut memandangkan dia hanya pelatih yang tidak tertakluk di bawah undang-undang buruh.

Walau bagaimanapun, keadaan akan menjadi berbeza sekiranya pekerja lain memberi keterangan mengenai kejadian tersebut.

Pelajar tersebut memberitahu pemberita bahawa pengambilan telur mentah oleh pekerja dianggap sebagai satu bentuk motivasi oleh syarikat dan disahkan oleh pihak pengurusan.

“Pekerja bertanggungjawab ke atas keputusan dalam proses jualan, dan ganjaran serta hukuman juga ditakrifkan dengan jelas dalam proses pelaksanaan. Tanpa mereka, pengurusan harian adalah mustahil,” tulis pengurusan syarikat itu dalam satu kenyataan.

Walaupun bagaimanapun, hukuman seperti itu merupakan satu perkara yang jarang berlaku di China.

View Original Article