Syarikat JETAMA Sdn Bhd Menyumbang Produk untuk Rehabilitasi Pesakit  Majlis Penyerahan Berlangsung di Universiti Malaysia Sabah

LocalTechnology
27 Sep 2024 • 11:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Syarikat JETAMA Sdn Bhd sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan Sabah, telah menyerahkan sumbangan kepada Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) pada 25 September 2024.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuasi UMS itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor turut dihadiri oleh delegasi syarikat, pegawai-pegawai utama dan kanan universiti, pengurusan tertinggi HUMS, serta rakan-rakan media.

Sebuah Mesin Painbot yang bernilai RM380,000.00 telah disumbangkan kepada HUMS sebagai sebahagian dari usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya atau SMJ.

Program ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat JETAMA Sdn Bhd dalam membantu memastikan rakyat mendapat kehidupan yang sejahtera.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu tenaga pengajar serta pelajar-pelajar secara khasnya dan UMS secara amnya untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran setara dengan peningkatan teknologi baru ini.

Secara tidak langsung kita semua dapat mempertingkatkan serta membangunkan potensi modal insan untuk lebih berdaya saing, khususnya dalam sektor perkhidmatan kesihatan,” kata Encik Ahmad Naim Uddang, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat JETAMA Sdn Bhd.

Mesin Painbot ini merupakan peralatan terkini dalam bidang rehabilitasi yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh kepulauan Borneo.

Mesin ini turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang khusus untuk rehabilitasi pesakit.

Sehingga kini, Mesin Painbot telah memanfaatkan seramai 627 pesakit sejak peralatan ini diperkenalkan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.