Syarikat kerjasama Yinson Production terima lanjutan kontrak sewa kapal FSO bagi tempoh lima tahun

Business & Finance
6 Jun 2023 • 2:54 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Syarikat kerjasama Yinson Production terima lanjutan kontrak sewa kapal FSO bagi tempoh lima tahun

azan

06/06/2023 - 14:54

KUALA LUMPUR 6 Jun - Unit Yinson Holdings Berhad iaitu Yinson Production melalui usaha samanya dengan PetroVietnam Technical Services Corp (PTSC) dan PTSC Asia Tenggara (SEA) menerima lanjutan lima tahun untuk kontrak sewa kapal penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO) PTSC Bien Dong 01.

Yinson berkata, lanjutan melalui adendum yang dimasukkan oleh PTSC dan PTSC SEA pada 2 Jun 2023, menetapkan tempoh lanjutan kontrak itu bermula dari 4 Jun 2023 hingga 3 Jun 2028.

Kumpulan itu berkata, nilai kontrak berkenaan dianggarkan berjumlah AS$74.6 juta (RM344 juta).

PTSC SEA ialah 49% milik Yison dan 51% dimiliki oleh PTSC.

Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Production, Flemming Gronnegaard berkata, pihaknya berbesar hati untuk meneruskan hubungan kerja jangka panjang bersama PTSC selepas lebih sedekad bersama.

"Lanjutan itu adalah tanda hubungan kerja yang sangat baik yang kami miliki, yang membawa kepada rekod prestasi keselamatan dan masa operasi yang sangat baik untuk aset itu.

"Kami gembira untuk meneruskan kerjasama ini," katanya.

FSO PTSC Bien Dong 01 telah beroperasi di Blok 05-2/05-3 di Vietnam sejak 4 Jun 2013. - DagangNews.com