Syarikat konsesi sukar baiki Jalan Kilang di Lahad Datu kerana bantahan pihak ketiga

LocalPolitics
21 Dec 2024 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Semalam tular satu video di media sosial memaparkan keadaan jalan rosak berlubang di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.

LAHAD DATU - Syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang di sini yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.

Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah dalam kenyataan berkata, pihak ketiga itu mendakwa bahawa status tanah itu adalah milik persendirian dan bukannya rizab jalan.

"Lokasi jalan sudah disenaraikan untuk pembaikan pada tahun ini dan peruntukan juga diluluskan, tetapi kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan kerana bantahan pihak ketiga yang mendakwa status tanah itu sebagai tanah persendirian dan bukannya rizab jalan," menurut kenyataan itu.

Keadaan jalan itu kini didapati semakin teruk dengan kemunculan beberapa lubang besar di kiri dan kanan jalan sehingga menyukarkan kenderaan kecil menggunakan laluan berkenaan.

JKR Sabah berkata, perkara itu telah dirujuk kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan pihaknya sedang sedang menunggu pengesahan daripada JTU.

Semalam tular satu video di media sosial memaparkan keadaan jalan rosak berlubang di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved