Syarikat p-hailing dipanggil jumpa PM Anwar bincang isu kadar upah rendah rakan penghantar pada 8 Ogos ini

1 Aug 2023 • 5:38 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Syarikat p-hailing dipanggil jumpa PM Anwar bincang isu kadar upah rendah rakan penghantar pada 8 Ogos ini

zulfadli

01/08/2023 - 17:38

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Syarikat pengendali perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal atau parcel hailing (p-hailing) dipanggil bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya memaklumkan, Perdana Menteri mengarahkan supaya satu pertemuan diadakan bersama syarikat-syarikat itu susulan perjumpaan beliau dengan rakan-rakan penghantar perkhidmatan p-hailing pada 22 Julai lalu, bagi memahami cabaran dihadapi mereka.

"Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi perhatian terhadap isu kebajikan pekerja p-hailing dan terus komited dalam usaha memelihara kesejahteraan mereka di samping memastikan kemampanan pembangunan industri p-hailing selaras dengan konsep Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.

Pada 22 Julai, Anwar meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah, Bernama melaporkan.

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing. - DagangNews.com