Syarikat pakej umrah diarah bayar RM46,940

26 Apr 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sebuah syarikat pengendali pakej umrah yang berpangkalan di Putrajaya diperintah membayar pampasan RM46,940 kepada enam individu selepas gagal “menerbangkan” mereka bagi menunaikan umrah pada tarikh yang dipilih pada 20 Mac, 2023.

Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Sabah (TTPM) Larina Wong Shiao Yee memerintahkan Emraz Travel & Tours Sdn Bhd membayar pampasan kepada pihak yang menuntut dalam tempoh 14 hari selepas menerima perintah itu.

Keputusan itu dibuat selepas pihak yang menuntut dalam kes ini, Rajis Yusof, 41, berjaya menyerahkan arahan lepas iaitu Borang 1 kepada penasihat undang-undang pihak lawan (Syarikat Emraz).

Dalam pendengaran pada Khamis tanpa kehadiran wakil syarikat itu, Larina memberikan award Arahan Bayar Balik kepada mangsa untuk memerintahkan syarikat terbabit membayar pampasan kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Terdahulu, Rajis memfailkan tuntutannya kepada TPPM pada 16 Jan tahun ini selepas syarikat itu gagal menerbangkan mereka pada 20 Mac 2023 walaupun telah membuat pembayaran penuh bagi pakej umrah melalui tiga transaksi.

Transaksi pertama dibayar pada 30 Nov 2022 berjumlah RM40,000 sebagai deposit untuk enam individu, manakala transaksi kedua membabitkan RM6,490 pada 30 Jan 2023 dan baki bayaran RM450 dibayar menerusi transaksi ketiga.

Untuk rekod, pihak yang menuntut boleh membuat aduan kepada pihak penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya perintah 14 hari itu tidak dipatuhi.

Sementara itu, dua lagi kes membabitkan sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan satu lagi ditangguhkan kepada 16 Mei kerana wakil pihak menentang (syarikat) tidak hadir pada sesi pendengaran.

Kes itu membabitkan tuntutan masing-masing RM49,712.03 (lima mangsa) dan RM22,080 terhadap syarikat sama yang berpangkalan di Kelantan.

Larina berkata kes itu ditetapkan untuk sebutan pada tarikh tersebut kerana pihaknya menerima e-mel daripada pengarah syarikat menentang meminta penangguhan kes itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.