Syarikat Penerbangan Butik, Sarawak Kini Sedang Tunggu Lesen Untuk Mulakan

13 Nov 2022 • 8:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perkara ini dikatakan oleh Premier Sarawak

Syarikat Penerbangan Butik, Sarawak Kini Sedang Tunggu Lesen Untuk Mulakan. Dilaporkan kerajaan Sarawak kini sedang menunggu lesen dari Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi membolehkan operasi syarikat penerbangan butik.

Perkara ini dikatakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini selepas merasmikan program Sarawakku Sayang hari ini.

image is not available
Syarikat Penerbangan Butik, Sarawak Kini Sedang Tunggu Lesen Untuk Mulakan

Aspek pengoperasian syarikat penerbangan sudah dimuktamadkan

Menurut laporan, beliau berkata aspek pengoperasian syarikat penerbangan sudah dimuktamadkan dengan bermatlamat untuk membolehkan kemasukan pelancong secara langsung ke Sarawak.

Katanya, kerajaan telah membuat kajian dan mendapatkan bahawa penubuhan syarikat penerbangan butik boleh dilaksanakan dan kini sedang menunggu keputusan dari MOT untuk mendapatkan lesen.

Syarikat kecil itu akan beroperasi di bawah platform Hornbill Skyways dan dilaporkan dapat melonjakkan kemasukan pelancong ke Sarawak.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Lowyat.net

Dilihat boleh memberi manfaat kepada rakyat Sarawak

Mengenai penubuhan syarikat penerbangan butik ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata penubuhan syarikat penerbangan ini dilihat akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak – terutamanya mereka yang ingin pulang ke kampung halaman dengan harga tiket penerbangan mampu milik.

Tambahnya lagi, ramai pelancong luar negara teringin untuk melancong ke Sarawak namun faktor penerbangan terhad menjadi antara punca mereka tidak berpeluang memasuki negeri ini.

Situasi COVID-19 telah memberi cabaran kepada industri penerbangan. Jadi harapnya dengan ada syarikat penerbangan sendiri, ia berpotensi untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Sarawak,”

ujarnya lagi.

image is not available
Datuk Seri Nancy Shukri berkata penubuhan syarikat penerbangan ini mampu membantu rakyat Sarawak yang ingin kembali ke kampung halaman dengan harga tiket penerbangan yang berpatutan. Sumber: The Star