Syarikat perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 gagal patuh notis arahan

LocalEnvironment
18 Nov 2024 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah syarikat pengusaha perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 kerana gagal mematuhi notis arahan dikeluarkan JAS. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat pengusaha perkhidmatan kereta api didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana gagal mematuhi notis arahan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Syarikat yang beroperasi di daerah Marang itu turut berdepan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hukuman itu diputuskan selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut didakwa gagal mematuhi Notis Arahan bagi mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan pencemaran iaitu dengan memastikan roda-roda jentera dan kenderaan yang keluar dari tapak projek dibersihkan terlebih dahulu sebelum memasuki jalan bagi mengurangkan impak pencemaran habuk dan debu terhadap orang awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tapak projek berkenaan pada 4 Oktober tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, syarikat terbabit didakwa mengikut Seksyen 31 (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM25,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa JAS, Yusnalis Yusoff manakala syarikat terbabit tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved