Syarikat permula China ini dakwa hasilkan bateri atom berjangka hayat 50 tahun

15 Jan 2024 • 11:41 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebuah syarikat pemula daripada China, Betavolt, mendakwa berjaya membangunkan bateri yang mampu bertahan selama lebih 50 tahun. Ia adalah bateri berasaskan isotop nikel-63 yang dipakejkan secara berlapis dengan helaian semikonduktor berlian dalam dimensi sekecil 3 x 3 x 0.03mm.

image is not available

Tenaga terhasil secara terus apabila sinaran Beta yang dipancarkan sewaktu pereputan isotop mengenai helaian semikonduktor tadi. Helaian semikonduktor ini bekerja seperti panel solar yang memungut tenaga daripada matahari, bezanya adalah ia memungut sinaran Beta daripada penguraian radioisotope.

image is not available

Menurut pengeluarnya, bateri ini boleh menjana dalam julat mikrowatt dan beberapa watt. Pada penghasilan sebegini, ia mungkin berguna untuk menguasakan jam tangan ataupun peranti elektrik kecil yang lain.

Tambahan pula, kecekapan penghasilan bateri ini dilapor masih rendah. Daripada keselurahan pancaran beta yang terpancar, hanya 8.8% ditukarkan kepada tenaga elektrik. Namun, ia boleh ditambah baik apabila nikel-63 berketulenan tinggi digunakan.

Penggunaan isotop radioaktif dalam bateri bukanlah sesuatu yang baharu. Penemuan potensi penjanaan elektrik oleh radioisotop telahpun berlaku seawal 1913 lagi apabila Harry G. J. Moseley mendapati yang radium bromida yang terkandung di dalam flask vakum mampu menggerakkan voltmeter bersensitiviti tinggi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang bateri berasaskan isotop dikomersialkan, mungkin atas faktor keselamatan mahupun kepraktikalan.

Sumber: Betavolt

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved