Syarikat Van Elektrik Canoo Yang Digunakan NASA Kini Bankrap

TechnologyDigitalCars
20 Jan 2025 • 5:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat pengeluar van elektrik Canoo kini bankrap. Dalam pengumuman yang dilakukan hujung minggu lalu, syarikat mengatakan operasi syarikat telah dihentikan serta merta berikutan selepas kehabisan dana. Berita penutupan operasi Canoo adalah mengejutkan kerana van elektrik mereka akan digunakan oleh NASA untuk membawa angkasawan untuk Misi Artemis untuk kembali ke permukaan bulan.

image is not available

Selain NASA, Canoo juga menerima sokongan Jabatan Pertahanan, Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) dan juga Walmart. Selepas prototaip awal diperlihatkan, Canoo menerima pujian kerana rekaan van yang nampak realistik serta mempunyai perancangan untuk ditawarkan sebagai trak elektrik yang bersaing dengan Cybertruck.

Kegagalan Canoo untuk melakukan pengeluaran penuh van mereka menjadi penyebab syarikat mual menghadapi masalah. Sehingga Oktober tahun lalu, hanya 12 kenderaan berjaya dihasilkan daripada ribuan pesanan yang diterima daripada Walmart dan USPS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved