Syawal: Sultan seru gandakan sedekah, elak fitnah dan buruk sangka

21 Apr 2023 • 9:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menyeru rakyat agar menggandakan sedekah kepada golongan memerlukan terutama di bulan Syawal.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin juga berpesan agar rakyat teruskan berkata-kata dan menulis perkara yang baik-baik sahaja, elakkan fitnah dan buruk sangka.

“Baginda juga mengingatkan umat Islam untuk mengekalkan silaturahim lebih-lebih lagi dengan suasana Syawal yang penuh dengan tradisi rumah terbuka dan kunjung mengunjung. Sesungguhnya amalan ini harus diteruskan.

“Baginda turut berkenan menasihatkan umat Islam khususnya yang pulang ke kampung halaman agar memandu dengan berhemah dan berhati-hati di jalan raya,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook hari ini.

Baginda berdua juga berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di Selangor.

“Semoga Syawal yang menyusuli pemergian Ramadan ini dapat disambut dengan kegembiraan sejati. Selamat Hari Raya Aidilfitri,” menurut kenyataan itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved