Syed Abu Hussin tangguh sidang media Beras Madani

Politics
17 Feb 2024 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed ABU Hussin

SHAH ALAM - Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal memutuskan untuk menangguhkan sidang media mengenai Beras Putih Malaysia Madani yang dijadualkan pada Sabtu.

Syed Abu Hussin berkata, beliau masih belum menentukan tarikh baharu untuk penjelasan mengenai beras berkenaan.

“Saya tangguh dahulu penjelasan mengenai Beras Putih Malaysia Madani.

“Kita tunda ke suatu tarikh yang masih belum ditetapkan lagi,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal akan mengadakan taklimat media untuk memberi penjelasan mengenai isu beras putih Malaysia Madani.

Pada 14 Januari lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.

Katanya, pelaksanaan tersebut berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac.

Ditanya mengenai mesyuarat NACCOL yang dikatakan bakal dijadualkan pada esok, beliau berkata, masih belum ada apa-apa maklumkan mengenai mesyuarat itu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memutuskan tarikh pelaksanaan mesyuarat NACCOL.

“Jadi saya tidak tahu mengenai mesyuarat berkenaan kerana bukan saya yang tentukan perbincangan tersebut,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved