Syed Saddiq Balas Ucapan Birthday Bella Astillah – “Terima Kasih Sentiasa Ada Bersama Saya” | WeirdKaya

LocalEntertainment
8 Dec 2025 • 11:31 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meraih perhatian apabilan membalas ucapan selamat hari lahir yang ke-33 daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

image is not available

Memetik laporan Kosmo, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dia begitu menghargai kehadiran Bella yang setia berada di sampingnya tidak kira pada waktu susah mahupun senang.

“Formalnya nak ber-YB (Yang Berhormat). Awak paling baik hati dan manis. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya pada waktu susah dan senang,” katanya dalam hantaran Instagram.

Beliau dipercayai memuat naik semula perkongsian foto status wanita terbabit menerusi laman sosialnya bersama kapsyen manis.

Sebelum itu, Bella menyertakan beberapa gambar serta video sepanjang mereka melakukan aktiviti berdua.

image is not available
“Semoga hari mendatang lebih bermakna. Dipenuhi kehangatan dengan dikelilingi orang baik. Awak berhak menikmati segala yang baik. Insya-Allah,” tulis Bella.

Meninjau ke ruangan komen ramai pengikut menganggap tindakan Saddiq menghargai ucapan Bella sebagai perbuatan manis dan istimewa.

Tidak kurang juga peminat tegar BASS mula membuat spekulasi hubungan mesra sudah ke fasa serius untuk jenjang pelamin selepas Syed Saddiq turut menyertakan emoji hati.

“YB sekarang tak ada cover-cover lagi ya. Argghh tak sabar tunggu majlis BASS,” tulis seorang netizen
“Mesti dah tak lama (kahwin), dah ada dalam perancangan. Tunggu masa saja nak umumkan,” kata pengikut lain.

Sumber: Kosmo (Hanisah Selamat)

View Original Article