Syed Saddiq Bongkar ‘Rahsia Terbesar’ Tun M, Raih Perhatian Ramai

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 11:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Syed Saddiq Bongkar ‘Rahsia Terbesar’ Tun M, Raih Perhatian Ramai

Sempena ulang tahun ke-100 negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pelbagai ucapan penghargaan dan doa telah dikongsikan oleh rakyat Malaysia.

Namun, satu perkongsian menarik yang mencuri tumpuan ramai datang daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi satu hantaran media sosial yang mencuit hati, Syed Saddiq mendedahkan satu ‘rahsia besar’ yang menurutnya menjadi punca bagaimana Tun M kekal sihat, muda dan tenang hingga hari ini.

“Saya rasa dah tiba masanya saya dedahkan RAHSIA TERBESAR Tun M… Rahsia macam mana Tun boleh kekal muda, sihat, dan relax semacam walaupun tengah berperang di Parlimen…,” seloroh Syed Saddiq.

Tak disangka, Syed Saddiq mendedahkan bahawa Tun M suka menonton video kucing.

“Sedia? Jawapannya… TUN M LAYAN VIDEO KUCING. Bukan sekali. BANYAK KALI. Siap gelak sorang-sorang. While the whole country tengah panas… Tun chill tengok anak kucing tak takut air & lompat lompat,” tambah Syed Saddiq.

Syed Saddiq turut berkongsi gambar lama yang dirakam di Parlimen beberapa tahun lalu, memaparkan Tun M sedang asyik menonton video kucing.

image is not available
Kredit: Syed Saddiq

image is not available
Kredit: Syed Saddiq

Tun Dr. Mahathir, yang kini menyambut usia genap 100 tahun, kekal sebagai figura yang dihormati bukan sahaja kerana jasanya dalam membangunkan Malaysia, tetapi juga kerana keperibadiannya yang luar biasa.

Sekali lagi, selamat ulang tahun ke-100, Tun. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, ketenangan dan keberkatan buat Tun.

Sumber: Syed Saddiq/X