Syed Saddiq dibebaskan daripada sabitan salah guna dana ARMADA

LocalPolitics
25 Jun 2025 • 11:10 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) tujuh tahun lalu.

Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).

Hakim Noorin ketika membacakan keputusan sebulat suara panel berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq tidak berasas dan pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya niat tidak jujur dalam arahan pengeluaran wang dana ARMADA.

“Tindakan memerintah atau mengarahkan seseorang untuk mengeluarkan wang, tidak boleh dikatakan melupuskan dana,” katanya.

Sejurus keputusan diumumkan, Syed Saddiq, 33, yang hadir dengan memakai kot hitam meraup muka dan memeluk ibu bapanya dalam keadaan sebak. Turut hadir menyaksikan momen itu ialah penyanyi Bella Astillah.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Armada.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved