Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membahaskan isu jerebu rentas sempadan dan mencadangkan tindakan tegas terhadap aktiviti pembakaran hutan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu jerebu rentas sempadan yang didakwanya berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan di negara jiran.

Menurut beliau, masalah jerebu yang berulang saban tahun tidak boleh dipandang ringan kerana memberi kesan besar terhadap kesihatan, ekonomi dan pendidikan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, antara golongan paling terkesan ialah murid sekolah, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdepan kesukaran mengikuti pembelajaran dalam talian apabila sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu.

Katanya, keadaan itu turut memburukkan jurang pendidikan apabila murid daripada keluarga kurang berkemampuan tidak mempunyai kemudahan seperti komputer riba, tablet atau capaian internet yang baik berbanding keluarga lebih berada.

Sehubungan itu, Syed Saddiq mencadangkan Malaysia bersama negara anggota ASEAN, khususnya Singapura, mengemukakan nota bantahan diplomatik yang tegas bagi mendesak tindakan terhadap aktiviti pembakaran hutan.

“Tak cukup kita hanya buat panggilan kepada Presiden. Tak boleh. We need to do more. Kita perlu hantar nota diplomatik yang tegas bahawa Malaysia membantah,” katanya ketika membahaskan isu berkenaan.

Selain itu, beliau mencadangkan institusi kewangan utama menyekat akses pembiayaan kepada syarikat yang terbukti terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan, selain menggesa Malaysia mencontohi Singapura yang mempunyai undang-undang berkaitan pencemaran jerebu rentas sempadan.

Syed Saddiq turut menyeru rakyat menggunakan kuasa pengguna untuk memberikan tekanan ekonomi terhadap syarikat yang terlibat, sambil menegaskan tindakan bersama kerajaan, institusi kewangan dan masyarakat diperlukan bagi mengelakkan masalah jerebu terus berulang.

The post Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved