Syed Saddiq kata Bella Astillah terlalu kuat kerja, lihat baju penuh tergantung dalam kereta

LocalEntertainment
13 Mar 2025 • 9:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bella Astillah terlalu kerja kuat

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq kata Bella Astillah terlalu kuat kerja susulan melihat video perkongsian selebriti itu yang berada di dalam kereta dipenuhi dengan gantungan baju.

Komen daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu menarik perhatian ramai memandangkan keprihatinannya terhadap Bella membuatkan peminat teruja.

@bellaastillah_94

After so long, finally masa tengah break dapat buat 1 cover Believe in miracles

♬ original sound - Bella Astillah - Bella Astillah

Bella Astillah terlalu kuat kerja lihat dari keadaan kereta

Dalam komen berkenaan, Saddiq menyatakan Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 30 sebagai seorang wanita yang cukup kuat bekerja melihat kondisi keretanya.

Mana tidaknya, gantungan baju dilihat memenuhi bahagian belakang kereta memandangkan dia menjadikan kenderaan tersebut sebagai rumah keduanya.

image is not available

Syed Saddiq puji Bella Astillah terlalu kuat kerja

Menerusi video yang dikongsi Bella, dia telah menyanyikan semula lagu berjudul Untukmu Aku Bertahan dendangan asal Afgan.

Dia juga meninggalkan kapsyen menyatakan sudah lama tidak membuat video sedang bernyanyi dan baru berkesempatan memandangkan mempunyai waktu rehat yang sebenar.

image is not available

Tolonglah kahwin

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada peminat pasangan yang digosipkan sedang bercinta itu.

Rata-rata meminta agar Syed Saddiq segera menghalalkan Bella Astillah jika benar mereka sedang menjalinkan hubungan serius melihat daripada keakraban mereka.

image is not available

Ramai doakan mereka berjodoh

image is not available

Lagu Bella nyanyikan tu banyak maksud tersirat

image is not available

Halalkan dia cepat YB!

image is not available

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella Astillah kerap menjadi perhatian netizen di media sosial apabila mengakui suka dengan kemesraan pasangan tersebut.

Walaupun tahu yang mereka sedang menjadi duta untuk satu jenama pakaian terkenal, namun kebanyakan peminat berharap agar mereka betul-betul mempunyai hubungan yang serius.

Sumber: TikTok bellaastillah