Syed Saddiq Kekal Bebas Tuduhan Rasuah & Pengubahan Wang, Keputusan Majoriti Panel Hakim 2-1

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 11:28 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Syed Saddiq Kekal Bebas Tuduhan Rasuah & Pengubahan Wang, Keputusan Majoriti Panel Hakim 2-1

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini (13 Julai) menolak rayuan pendakwaan sekaligus memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, bebas sepenuhnya daripada kesemua sabitan termasuklah hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta berhubung empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menerusi keputusan majoriti 2-1, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat bahawa Mahkamah Rayuan tidak melakukan sebarang kekhilafan apabila membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada Jun tahun lalu.

2 Panel Hakim Dapati Tiada Kesilapan Undang-undang Sebelum Ini Berhubung Kes Syed Saddiq

Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tidak ada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini.

Bagaimanapun Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang juga pengerusi panel tiga hakim, Datuk Seri Abu Bakar Jais, mempunyai pandangan berbeza yang mendapati Syed Saddiq bersalah.

Keputusan majoriti berkenaan sekaligus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan bekas Presiden MUDA terbabit daripada semua pertuduhan.

Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan, Bakal Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Rayuan Lepas & Bebaskan Syed Saddiq

Kronologi Kes Tuduhan Pengubahan Wang Syed Saddiq

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 telah mensabitkan Syed Saddiq Syed atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.

Susulan itu, Bekas Menteri Belia dan Sukan terbabit dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, denda RM10 juta, serta dua sebatan.

Bagaimanapun pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada segala tuduhan selepas membenarkan rayuannya.

Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur kemudiannya memutuskan 30 Jun 2026 sebagai tarikh keputusan rayuan akhir bagi kes terbabit.

Namun begitu pada 30 Jun lalu, keputusan rayuan akhir itu ditangguhkan kepada hari ini (13 Julai) susulan seorang daripada tiga hakim panel terbabit mengambil cuti sakit (MC).

Pagi tadi, media melaporkan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan berada pada kedudukan 1 – 1 iaitu Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais mengekalkan sabitan manakala Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada kesemua pertuduhan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menjadi penentuan nasib Syed Saddiq.

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Elak Agenda Politik, Masjid Tak Luluskan Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Solat Hajat Untuk Syed Saddiq Diteruskan Di Lokasi Baru, Madrasatul Hajjah Zubaidah PJ

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved