Syed Saddiq pasrah dipaksa potong rambut ala Korea versi Bella Astillah

LocalEntertainment
27 Feb 2025 • 10:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Syed Saddiq pasrah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pasrah apabila dipaksa untuk memotong rambut gaya Korea atas permintaan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di laman TikToknya, dapat dilihat dia pergi ke sebuah butik yang ditemani seseorang bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Syed Saddiq pasrah

@syedsaddiq

Kena paksa gunting rambut ala korea versi @bellaastillah

♬ original sound - Syed Saddiq - Syed Saddiq

Ada segelintir netizen mendakwa individu yang menemani bekas Menteri Belia dan Sukan itu adalah Bella Astillah selepas mereka ternampak beg tangan yang dipercayai milik aktres itu.

“Kena paksa gunting rambut ala Korea versi Bella Astillah,” ujar Saddiq di ruangan kapsyen.

Syed Saddiq pasrah

image is not available

image is not available

image is not available

YB bertambah hensem!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji perubahan gaya rambut wakil rakyat yang berusia 32 tahun itu malah, ada individu tidak menafikan bahawa Bella pandai dalam mengubah penampilan seseorang.

image is not available image is not availableimage is not availableimage is not available

Netizen seloroh, suruh cepat kahwin

Bukan itu sahaja, ramai yang mengharapkan agar hubungan mesra antara mereka berakhir dengan berita baik bahkan netizen menyifatkan Saddiq dan Bella mempunyai keserasian untuk menjadi sebagai pasangan.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Saddiq mencuri perhatian ramai apabila dia kerap muncul dengan aktres Bella Astillah sehingga tular di platform media sosial termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini.

Sumber: TikTok @Syed Saddiq