Syed Saddiq Persoal Kelewatan Siasatan Kes Zara Qairina

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 12:15 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kelewatan siasatan kes buli membabitkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun.

Tindakan Hanya Selepas Tular

Dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata tindakan hanya diambil selepas kejadian itu tular dan mendapat perhatian umum.

“Dah viral, dah ada protes baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden, polis penyiasat serta buat bedah siasat,” katanya.

Pentadbiran Sekolah Wajib Bertanggungjawab

Syed Saddiq menegaskan bahawa pihak pentadbiran sekolah perlu bertanggungjawab sama seperti ibu bapa jika berlaku pengabaian sehingga mengakibatkan kemudaratan.

“Sepatutnya ada campur tangan yang cepat. Mengapa ambil masa dua minggu untuk bertindak? Kita perlu pastikan pihak pengurusan sekolah memikul tanggungjawab melindungi anak-anak kita,” ujarnya.

Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Beliau mencadangkan agar sekolah awam diberi sokongan menyeluruh, termasuk elaun warden yang mencukupi, khidmat kaunselor terlatih, dan pemasangan CCTV untuk membendung budaya buli.

Desakan Keadilan untuk Zara Qairina

Kes kematian Zara Qairina telah mencetuskan kemarahan rakyat, dengan pelbagai pihak menuntut keadilan dan peralihan perhatian kepada ketelusan dan respons segera daripada pihak berkuasa. – The Malaysian Update