Syed Saddiq puji PM Anwar, sentiasa santuni ahli politik lain lepas sesi dalam parlimen

LocalPolitics
26 Feb 2025 • 10:16 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Syed Saddiq puji PM Anwar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq puji PM Anwar apabila memaklumkan bahawa beliau sentiasa menyantuni ahli politik lain dan semua orang yang berada di kafe parlimen selepas sesi “Prime Minister’s Question Time” saban minggu.

Menerusi hantaran ringkas Syed Saddiq atau nama sebenarnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau menganggap tindakan tersebut sebagai suatu amalan yang hebat dan harus diteruskan oleh setiap Perdana Menteri.

image is not available

Syed Saddiq puji PM Anwar, santuni semua di kafe parlimen

Beliau turut menyertakan gambar sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang santai berbual-bual bersama ahli politik yang lain di kafe parlimen.

image is not available

Syed Saddiq puji PM Anwar, dah lakukan perkara itu sejak jadi ketua pembangkang

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar berkenaan turut mendedahkan bahawa amalan itu sudah dilakukan oleh Anwar sejak beliau masih lagi ketua pembangkang dan kekal meneruskan perkara tersebut selepas menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Dulu sebagai ketua pembangkang pun dia ada di sini, masa jadi Perdana Menteri pun masih di sini,” tulisnya.

Nampak masing2 berborak-borak mesra

Perkara tersebut juga telah dikongsikan oleh pengasas politik, Khairul Rashid apabila berkongsi video sewaktu Perdana Menteri sedang menyantuni ahli parlimen yang lain.

Mereka terlihat berbual santai dan masing-masing saling tersenyum walaupun baru selesai menjalani perbahasan serius sewaktu berada di sesi Dewan Rakyat sebelum itu.

Terdahulu, momen Anwar ‘mengusik’ Syed Saddiq di parlimen dengan bertanya sama ada beliau memakai baju Melayu ataupun tidak pada hari berkenaan.

Situasi itu telah disambut dengan senyuman lebar dari Syed Saddiq dan gelak ketawa dari yang lain.

Sumber: X syedsaddiq, TikTok khairulrashid