Syed Saddiq Tarik Nafas Lega, Sujud Syukur Bebas Pertuduhan

LocalPolitics
25 Jun 2025 • 11:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Syed Saddiq Tarik Nafas Lega, Sujud Syukur Bebas Pertuduhan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan pada hari ini membebaskannya daripada empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Kemenangan itu menamatkan penantian selama lima tahun selepas melalui proses perundangan yang panjang.

Sejurus keputusan diumumkan, Syed Saddiq dilihat keluar dari mahkamah bersama keluarga sebelum sujud syukur di luar perkarangan mahkamah.

https://www.facebook.com/reel/578911488363937

Dalam kenyataan selepas pembebasan itu, beliau menyatakan rasa syukur dan menyifatkan keputusan tersebut sebagai titik pemulihan integriti dan suaranya sebagai wakil rakyat.

“Saya ingat saat pertama kali digertak from the beginning. Saya tak gentar kerana saya tahu saya berada di pihak yang betul,” katanya.

Menurut beliau, perjalanan selama lima tahun itu penuh dengan rintangan dan tekanan, termasuk ugutan sejak siasatan bermula.

Namun, beliau tetap berpegang pada prinsip dan enggan tunduk kepada mana-mana tekanan.

“Perjalanan lima tahun yang lepas memang penuh cabaran. Kalau saya nak ungkap satu persatu, sangat panjang. Saya lebih peduli tentang integriti saya daripada nyawa sendiri,” tegasnya.

Tolak jalan mudah demi maruah

Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa sepanjang kes berlangsung, beliau menerima pelbagai tawaran dan ‘jalan mudah’, namun semuanya ditolak kerana mahu membersihkan nama melalui saluran undang-undang yang sah.

“Pelbagai tawaran diterima terpaksa ditolak. Jalan mudah saya tolak kerana saya mahu membersihkan nama saya di mahkamah. Akhirnya, mahkamahlah benteng terakhir bagi rakyat yang disalahi dan dikhianati,” tegasnya lagi.

Terus berjuang untuk negara

Tambah beliau lagi, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menjadi penguat semangat untuk terus berjuang demi Malaysia.

“Kemenangan hari ini mengingatkan saya tentang sebab saya memilih jalan untuk mengabadikan diri kepada perjuangan membina negara,” katanya.

Selain itu, Syed Saddiq turut menyatakan bahawa beliau tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak, termasuk musuh politiknya.

“Saya tidak berdendam atau menyimpan rasa benci dalam melangkah ke hadapan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong dan berdiri teguh di sisinya sepanjang tempoh mencabar ini.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved