Syed Saddiq terharu, keluarga buat bacaan Yasin sebelum keputusan rayuan

LocalPolitics
25 Jun 2025 • 9:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa terharu apabila keluarga dan penyokong setia mengadakan bacaan Yasin secara dalam talian menjelang keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini.

Syed Saddiq terharu ketika ucap penghargaan buat semua yang sokong

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Syed Saddiq tampil dengan nada sebak ketika bertemu media menyatakan harapan agar kebenaran berpihak kepadanya selepas lima tahun melalui proses perundangan yang panjang dan mencabar.

“Saya harap kebenaran akan menang di mahkamah pada hari ini. Saya terhutang budi pada ibu, bapa dan keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan,” katanya kepada media di Putrajaya.

image is not available

Syed Saddiq terharu ramai doakan kesejahteraannya

Beliau juga turut menyatakan pernghargaan kepada usaha semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya melalui bacaan Yasin sejak beberapa malam lalu.

“Saya betul-betul terharu dan terhutang budi kerana dalam dunia politik ini saya hanya orang kecil.
Tetapi kerana sokongan dan dorongan anda semualah saya tabah dan mampu terus langkah ke hadapan walau apa pun rintangan dan cabarannya,” ujarnya.

image is not available

Masih percaya akan sistem kehakiman

Beliau berkata kepercayaannya terhadap sistem kehakiman kekal teguh dan berharap dapat membersihkan namanya menerusi proses undang-undang.

“Cuma harapan saya pada hari ini, selepas lima tahun menanti, saya hanya berdoa supaya kebenaran menang dan saya dapat membersihkan nama saya seperti yang dijanjikan, iaitu melalui platform mahkamah yang saya hormati dan sanjungi,” tambahnya.

image is not available

Keputusan rayuan Syed Saddiq terhadap sabitan empat pertuduhan berkait dana Armada, termasuk pecah amanah dan pengubahan wang haram, dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan jam 9 pagi ini.

Sumber: Malaysiakini (Shakira Buang)