Syed Saddiq tiba di parlimen, berjaya tamatkan larian solo

Politics
1 Jul 2024 • 12:41 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahaman berjaya menamatkan misi larian solo sejauh 200 kilometer. Beliau tiba di Parlimen kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Misi larian yang dipanggil ‘Langkah Muar’ itu, berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi tadi.

Larian yang dimulakan Syed Saddiq sejak Jumaat lalu antara lain adalah untuk menghantar mesej kepada kerajaan bagi menepati janji mereka sebelum ini.

Dalam misi tersebut, beliau telah membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.

image is not available
Sumber Gambar: Astro Awani

Katanya, misi berkenaan juga bukan satu desakan sebaliknya berdasarkan prinsip keadilan.

“Ini merupakan gerakan untuk menuntut keadilan bagi peruntukan kawasan Parlimen pembangkang yang dinafikan sekian lama.

“Ini bukan satu desakan tetapi berdasarkan kepada prinsip keadilan, tidak agama, bangsa atau sokongan politik.

“Bantuan peruntukan perlu disalurkan kepada semua tidak kira kawasan pembangkang atau sebaliknya,” katanya.

Sumber: Astro Awani