Syed Saddiq Wakil Rakyat Pertama Di Malaysia Dikenakan Hukuman Sebat

9 Nov 2023 • 3:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah wakil rakyat pertama di negara ini yang dikenakan hukuman sebatan.

Memetik laporan dari Kosmo! hukuman tersebut dijatuhkan ke atas beliau selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hukuman terpakai buat pesalah berumur 50 tahun ke bawah

Wan Shaharuddin yang mengetuai pendakwaan bagi kes Syed Saddiq memaklumkan yang hukuman tersebut terpakai bagi pesalah berumur 50 tahun dan ke bawah.

“Berdasarkan Seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah 2007, pesalah perempuan, lelaki yang dijatuhkan hukuman mati dan lelaki yang berumur lebih dari 50 tahun, tidak boleh dikenakan sebatan,” katanya.

image is not available

Syed Saddiq dijatuhkan hukuman 7 tahun, denda RM10 juta & 2 sebatan

Terdahulu Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas MP Muar selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan iaitu pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta.

Jika gagal membayar denda, beliau boleh dipenjara empat tahun.

image is not available

Syed Saddiq akan fail rayuan ke mahkamah rayuan secepat mungkin

Ketika ditemui selepas mendengar keputusan, Bekas Menteri Belia dan Sukan ketika pemerintahan Pakatan Harapan dulu mengatakan yang beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan secepat mungkin.

“Institusi kehakiman itu lazimnya merupakan benteng terakhir bagi rakyat Malaysia dan tidak ada beza saya dan rakyat lain. Kalau orang lain perlu menghormati keputusan mahkamah, saya juga perlu menghormati keputusan mahkamah,”

“Ini supaya institusi kehakiman dan mahkamah yang akan dijadikan penentu terakhir atas nasib saya dan juga medan terbaik untuk membersihkan nama saya. Dalam bab ini saya berpegang pada kata-kata berani kerana benar ‘Qulil haq walau kana murran’ berkatalah benar walaupun pahit,” katanya.

image is not available

“Sata tak menyesal, saya tak takut”

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa dirinya tidak menyesal dan tidak takut dengan apa yang terjadi disamping akan terus bersuara perkara yang benar.

Sumber: Kosmo! (Nuzulsham Shamsuddin), X Syed Saddiq