“Syed & Syarifah Perlu Ditegur Dengan Baik Kalau Tersasar, Mereka Ada Darah Keturunan Nabi Muhammad” – Hana Ismail

LocalEntertainment
1 Sep 2024 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, nama pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isteri, Hana Ismail menjadi bualan ramai di platform media sosial selepas tular satu video pasangan itu menyampaikan ‘mesej’ buat mangsa yang difahamkan alami kemurungan selepas dirogol.

Kena tegur dengan baik mereka bergelar Syed dan Syarifah

Terbaru, nama pasangan itu sekali menjadi perhatian selepas tular keratan klip live TikTok yang memaparkan Hana beri pandangan mengenai mereka yang bergelar Syed dan Syarifah.

Kata Hana dalam live tersebut, orang ramai sepatutnya menegur mereka yang berkenaan secara baik jika ‘tersasar’ melakukan kesilapan.

Undang rasa kurang senang

Menurutnya lagi, seseorang yang bergelar Syed serta Syarifah ini perlu ditegur dengan baik kerana mereka mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad SAW.

image is not available

image is not available

Tetap sayangkan mereka sebab ada mengalirnya darah Nabi Muhammad. Sebagai contoh, mereka itu menguji kita dan mungkin kita ada isu dengan mereka, tetap sayang dan doakan mereka supaya kembali kepada jalan yang benar.

Susulan video itu dimuat naik semula oleh seorang pengguna di platform X, rata-rata netizen berasa berang dengan kenyataan personaliti TV itu dan berpendapat, seseorang itu perlu ditegur dengan baik biarpun bukan keturuan Syed atau Syarifah.

image is not available

image is not available

image is not available 3 days ago

Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun Dan Tiga Sebatan Atas Tuduhan Perkosa Seorang Wanita 5 Tahun Lalu