Synergy House sasar kumpul RM34.4 juta daripada IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Business & FinanceStartup
12 May 2023 • 2:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

image is not available

Synergy House sasar kumpul RM34.4 juta daripada IPO di Pasaran ACE Bursa Malaysia

diyana

12/05/2023 - 14:28

KUALA LUMPUR 12 Mei - Synergy House Berhad, penjual e-dagang rentas sempadan dan pengeksport perabot rumah sedia untuk dipasang (RTA), telah menyasarkan untuk menjana RM34.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pada pelancaran prospektus IPO hari ini, kumpulan tersebut berkata sejumlah 130 juta saham baharu diterbitkan pada harga 43 sen sesaham yang dijangka menyokong rancangan pertumbuhan dan pengembangan masa depan lumpulan.

Daripada hasil tersebut, Synergy House memperuntukkan RM10 juta atau 29% untuk pembelian inventori bagi cadangan menaik taraf pusat e-dagangnya di Muar, Johor dan menaik taraf pusat e-dagang di negara luar.

Sejumlah RM1.5 juta atau 4.36% pula akan digunakan untuk membeli sistem rak dan forklift untuk cadangan menaik taraf pusat e-dagang di Muar, Johor dan RM1 juta atau 2.91% untuk pengiklanan dan promosi e-dagang.

Sementara itu, RM10 juta atau 29.07% adalah untuk membayar balik pinjaman, RM7.7 juta atau 22.38% tujuan modal kerja dan RM4.2 juta atau 12.21% perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif Synergy House, Tan Eu Tah berkata permintaan global untuk e-dagang perabot dijangka terus berkembang dan IPO tersebut akan memacu pertumbuhan masa depan dan rancangan pengembangan dengan memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk pengumpulan dana masa hadapan.

image is not available
Tan Eu Tah

“IPO kami juga akan memberikan fleksibiliti kewangan untuk mengejar peluang pertumbuhan apabila disenaraikan. Pengiktirafan yang diperoleh melalui status penyenaraian juga akan meningkatkan reputasi kumpulan dalam pemasaran produk dan perkhidmatan di samping mengekalkan pekerja, mengembangkan pangkalan pelanggan serta menarik pekerja baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ni.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Synergy House, Teh Yee Luen berkata e-dagang yang dimanfaatkan telah mengubah kumpulan, di mana ia membolehkan syarikat mempunyai hubungan langsung dengan pengguna akhir sekaligus membolehkan maklumat dikumpul secara langsung dan pandangan tentang pilihan pengguna yang bernilai untuk pembangunan produk.

image is not available
Teh Yee Luen

“Kami berhasrat untuk terus mengembangkan segmen perniagaan kepada pengguna (B2C) dengan menggunakan sebahagian daripada hasil IPO untuk membeli inventori bagi segmen B2C serta menjalankan inisiatif pengiklanan dan promosi pada platform e-dagang pihak ketiga,” tambahnya.

Menurut Yee Luen, kumpulan itu juga merancang untuk mengembangkan jualan B2C melalui pengembangan kepada lebih banyak platform e-dagang di pasaran baharu.

Kenanga Investment Bank Berhad merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk terbitan IPO.

Permohonan untuk IPO Synergy House kini dibuka dan akan ditutup pada 18 Mei 2023 jam 5 petang dan akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 1 Jun 2023. -DagangNews.com

Terkini