Synology BeeStation, storan awan yang tak perlu langganan bulanan

Technology
5 Feb 2024 • 2:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Synology telah mengumumkan satu produk baharu dalam siri Bee mereka iaitu Synology BeeDrive. Daripada segi kegunaannya, ia adalah sebuah Network Attached Storage (NAS) yang ditujukan kepada pengguna biasa kerana proses mengaktifkannya telah diringkaskan, seringkas yang mungkin agar lebih ramai berupaya menikmati manfaat storan tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan awan.

image is not available

BeeStation hadir dalam bentuk kekotak seperti NAS biasa dan port I/O yang boleh dimanfaatkan adalah seperti LAN, USB-C, dan USB-A.

image is not available

Apabila BeeStation telah diaktifkan mengikut prosedur yang digariskan, ia berfungsi seperti sebuah Google Drive ataupun Apple iCloud tanpa sebarang langganan bulanan.

image is not available

Pengguna bebas mengakses data di dalam rangkaian yang sama ataupun daripada jauh asalkan kedua-duanya ada akses kepada Internet.

image is not available

Telefon ataupun tablet boleh memasang aplikasi mudah alih seperti BeeFiles dan BeePhotos untuk mengkases dokumen yang ada dalam BeeStation sementara di komputer, ia boleh diakses menggunakan pelayan web.

image is not available

Antara ciri menarik yang boleh dimanfaatkan adalah seperti penyusunan dokumen secara pintar apabila jenis fail disusun mengikut jenis supaya mudah dicari. Pemilik BeeStation juga boleh berkongsikan dokumen kepada orang luar dengan pautan khas, sama seperti yang biasa anda gunakan di Google Drive.

image is not available

Synology BeeStation katanya sudahpun mula dijual melalui pengedar-pengedar sah diseluruh negara. Walau bagaimanapun, saya gagal menemui penyenaraian produk itu dalam gedung dalam talian rasmi Synology di Lazada dan Shopee. Untuk rujukan, produk ini dijual di A.S pada harga USD200 (RM950) untuk model 4TB. Maklumat akan dikemas kini sejurus kami menerimanya daripada pihak Synology.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut. Selain BeeStation, produk siri Bee yang telahpun dilancarkan tak lama dulu adalah BeeDrive iaitu pemacu kilat dengan ciri-ciri pintar.

Bacaan berkaitan

View Original Article