Synology Tingkatkan Keselamatan Siber Dan Produktiviti Perusahaan Dengan Teknologi Terkini

TechnologyBusiness & Finance
14 Oct 2025 • 6:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Synology meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan berkongsi perjalanan dan rancangan masa depan dalam satu acara khas hari ini. Synology turut menekankan komitmen terhadap keselamatan data dan sokongan kepada usaha transformasi digital khususnya di Asia Tenggara yang terus berkembang.

image is not available

Laporan semasa menunjukkan bahawa sebanyak 93% perniagaan di rantau ini telah memulakan langkah transformasi digital. Pun begitu, isu keselamatan siber yang kian kompleks terus menjadi antara cabaran utama. Dengan itu, Synology memperkenalkan penyelesaian yang bertujuan membantu organisasi meningkatkan perlindungan data dan menyokong keperluan operasi digital secara lebih mampan.

image is not available

image is not available

Awal tahun ini, Synology memperkenalkan ActiveProtect iaitu peranti sandaran untuk syarikat yang beroperasi di pelbagai lokasi. Ia tersedia dalam beberapa model dengan kapasiti antara 8TB hingga 140TB, serta dilengkapi ciri keselamatan seperti sandaran tidak boleh diubah, sokongan Air-Gap dan pematuhan kepada peraturan industri.

image is not available

image is not available

Synology PAS7700  turut diperkenalkan tahun ini sebagai sistem storan perusahaan pertama Synology yang menggunakan sepenuhnya seni bina NVMe. Ia direka untuk menyokong bebanan kerja penting berprestasi tinggi yang menawarkan sehingga 2 juta IOPS, kelajuan pemindahan data 30GB/s dan latensi kurang daripada 1 milisaat.

image is not available

image is not available

image is not available

Dengan reka bentuk dua pemproses yang boleh berfungsi serentak serta sokongan penyulitan data mengikut piawaian industri, PAS7700 sesuai untuk organisasi yang memerlukan kelajuan dan keselamatan data yang tinggi. Buat masa ini, harga belum didedahkan secara rasmi kerana ia bergantung kepada konfigurasi dan akan ditawarkan melalui rangkaian pengedar Synology.

image is not available

Selain itu, Synology memperkenalkan siri storan baharu seperti GS Series yang direka untuk keperluan storan berskala besar, dan PAS Series untuk prestasi yang lebih pantas. Kedua-duanya menyokong storan objek dan sambungan rangkaian sehingga 400GB.  Untuk menyokong kerja berpasukan, Synology telah menambah baik alat kolaborasi mereka dengan ciri seperti permintaan fail, kunci fail, dan sejarah versi tanpa had bagi memudahkan pengurusan dan pemulihan data.

image is not available

image is not available

image is not available

Pada masa yang sama, Synology memperkenalkan platform baharu iaitu Synology Chat Plus dan Meet yang menyokong fungsi seperti persidangan video, mesyuarat segera dan seminar. Kedua-dua platform ini akan digabungkan dengan aplikasi pejabat Synology sedia ada dan dilengkapi ciri AI seperti penjanaan kandungan dan ringkasan automatik bagi memudahkan komunikasi harian.

image is not available

image is not available

image is not available

Synology juga menawarkan sistem pemantauan pintar yang membolehkan kawalan CCTV dipusatkan merentasi pelbagai lokasi dengan sokongan konfigurasi dan kemas kini jarak jauh. Sistem ini turut dilengkapi ciri AI seperti pengesanan kenderaan, pengesanan pencerobohan dan carian pantas (Instant Search) yang boleh membantu meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi.