Syoklah Nak Makan KFC Lepas Ni! Nikmati Hidangan KFC Jimat Hari-Hari Pada Harga Serendah RM9.99. Wow!

Food
7 May 2024 • 11:23 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

“Kepci jom hari ni!”

Guyssss!!!

Korang tau tak yang sekarang ni tengah ada promosi KFC Jimat Hari-Hari. Harga yang ditawarkan serius berbaloi.

Macam ni barulah syok nak makan Kepci untuk tengah hari atau makan malam!

Lebih Penjimatan Dengan Promosi KFC Jimat Hari-Hari

image is not available

Siapa je yang boleh tolak ayam goreng KFC? Ayam yang digoreng sempurna sehingga ranggup dengan isi ayam yang juicy dan lembut dalam setiap gigitan. Sedapnya!

Kepada peminat ayam goreng dan hidangan KFC, inilah masanya untuk puaskan keinginan korang sebab KFC sekarang tengah ada promosi Jimat Hari-Hari yang menawarkan potongan harga untuk set hidangan terpilih kegemaran ramai.

RM 9.99 Dah Boleh Beli KFC Jimat Hari-Hari? Seriuslah?!

image is not available

Ya, korang tak salah baca. Promosi KFC Jimat Hari-Hari ditawarkan pada harga serendah RM9.99 je.

Pada yang dah tak sabar nak beli, hidangan untuk KFC Jimat Hari-Hari dijual bermula jam 10.00 pagi (selepas hidangan sarapan KFC).

Korang boleh buat pembelian secara walk in di mana-mana lokasi KFC yang berhampiran (kecuali outlet Genting, Legoland dan lapangan terbang), tapi nak lagi mudah korang juga boleh pesan untuk Self Collect menerusi aplikasi KFC atau Drive Thru je!

9 Hidangan Lazat Pilihan Ramai!

Kalau nak tau, KFC Jimat Hari-Hari menawarkan diskaun untuk 9 hidangan yang mendapat permintaan ramai seperti set nasi, ayam goreng dan juga burger.

Macam ni, bolehlah tukar-tukar menu setiap hari!

image is not available

image is not available

image is not available

Untuk tak terlepas promosi menarik dari KFC, layari laman web rasmi KFC atau ikuti laman sosial rasmi KFC di Facebook dan Instagram.