‘Syoknya macam makan kat hotel’

Food
26 Jul 2024 • 10:10 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular isu mengenai seorang peniaga di kantin sekolah kesal dengan tindakan guru yang turut menjual makanan di sekolah.

Menganggap itu sebagai persaingan, peniaga berkenaan tidak berpuas hati dengan situasi tersebut.

Bagaimanapun, ada pula pelajar yang mendakwa kisah sebaliknya.

Namun begitu, usaha yang dibuat oleh pihak kantin sekolah SMK Saujana Utama ini pula harus diberikan pujian.

@sinarbestarimy

Menu dekat SMK Saujana Utama ni boleh tahan jugak ye! Kredit: @cikguctiey9681 #sinarbestari #pendidikan #kantin #saujanautama #sungaibuloh #fyp #trending #viral

♬ Food Review – Sunny Vibes

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang guru, kantin berkenaan menyajikan makanan ala-ala bufet di hotel. Usaha yang dibuat mungkin sebagai tarikan kepada pelajar.

Bukan itu sahaja, menu yang disediakan pula bukan biasa-biasa, tetapi semuanya ada, ala Barat dan juga Korea.

Selain itu juga, ada disediakan beberapa stesen yang memudahkan pelajar memilih makanan kegemaran mereka.

Walaupun dihias cantik dan menu yang sedap namun dikatakan harga yang dijual sangat berpatutan.

Sumber: cikguctiey