Syor letak kamera AES berjadual depan sekolah elak kemalangan

LocalHealth & Fitness
12 Oct 2026 • 8:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Syor letak kamera AES berjadual depan sekolah elak kemalangan

KOTA BHARU: Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dicadang diaktifkan secara berjadual di hadapan sekolah ketika murid masuk dan pulang bagi memastikan pemandu mematuhi had laju serta mengurangkan risiko kemalangan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Padang Kala di sini, NIk Saiful Adli Burhan berkata, sistem pengawasan itu perlu dilengkapi indikator khas seperti lampu amaran bagi memaklumkan kepada pemandu bahawa waktu persekolahan sedang berlangsung.

Katanya, langkah itu pen­ting supaya pemandu lebih peka terhadap kehadiran murid dan memperlahan kenderaan ketika waktu keluar masuk sekolah.

“Mengambil contoh kamera AES di hadapan Istana Kubang Kerian (Kota Bharu), saya lihat semua kenderaan mematuhi had laju kawasan berkenaan. Jadi saya berharap pendekatan sama dapat dipertimbang di kawasan sekolah sebagai langkah meningkatkan pematuhan pemandu dan melindungi ke­selamatan murid,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nik Saiful berkata, sebagai ibu bapa, dia menyokong cadangan had laju maksimum 30 kilometer sejam (km/j) di kawasan sekolah dan menggesa Kementerian Pengangkutan menyegerakan pewartaan serta penguatkuasaannya.

Katanya, penetapan had la­ju sahaja tidak memadai tanpa penyediaan infrastruktur yang selamat termasuk lorong khas untuk menghantar dan mengambil murid serta kawasan menunggu yang bersesuaian.

“Pewartaan had laju, penyediaan kemudahan keselamatan dan penguatkuasaan tegas perlu dilaksanakan seiring bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat. Ke­selamatan murid mesti menjadi keutamaan, bukan sekadar papan tanda had laju,” ujarnya. – UTUSAN

The post Syor letak kamera AES berjadual depan sekolah elak kemalangan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved