Syor pemukiman sebelum cadangan projek dimasuk dalam RMK13

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 12:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Intervensi Penyelarasan Pemantauan Program/Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah Bil 1/2025, di Pejabat Setiausaha Persekutuan, di sini, Khamis.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya, bertujuan membincangkan intervensi bagi projek-projek berstatus prapelaksanaan termasuk yang belum dilaksanakan dari Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sehingga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ewon berkata, dalam mesyuarat itu beberapa syor intervensi dan libat urus antara kementerian, jabatan dan agensi berkaitan dibuat.

“Antara cadangan itu ialah memperincikan pecahan kategori projek prapelaksanaan (2013-2022) iaitu menyenaraikan projek-projak yang ditangguh, dibatalkan, ditender semula, apa isu, cadangan, keperluan, intervensi dan sasaran penyiapan setiap projek terbabit.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Selain itu, saya juga mencadangkan Makmal Intervensi projek-projek prapelaksanaan yang memerlukan penilaian lebih terperinci.

Pada bulan hadapan, mesyuarat ini akan memfokus kepada intervensi projek-projek prapelaksanaan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan,” katanya pada Khamis.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Pemantauan pada 7 Disember 2024, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof telah meminta Ewon mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa intervensi ini supaya projek-projek dalam kategori prapelaksanaan di Sabah dapat dijayakan dengan berkesan.

Ewon menghargai komitmen semua ahli mesyuarat yang mahu saling melengkapkan amanah dan tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan setiap projek pembangunan yang dirancang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Semoga usaha bersama ini membuahkan hasil yang cemerlang untuk manfaat rakyat dan negara,” katanya.

Katanya lagi, Kabinet Persekutuan telah memutuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) isu tapak setiap projek mesti diselesaikan sebelum cadangan projek dimasukkan dalam RMK13.

“Kerajaan negeri perlu mengambil iktibar daripada rancangan sedia ada dan saya mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengadakan pemukiman bersama semua kementerian, jabatan dan agensi sebelum cadangan projek dimasukkan dalam RMK13. Ini penting bagi mengelak masalah atau isu-isu sebelum ini seperti projek sakit, dibatalkan dan ditangguh berulang kembali,” katanya.

Dalam mesyuarat itu, Ewon turut menghargai komitmen Kerajaan Sabah khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah yang telah mengiklankan pengambilan 32 jurutera awam, lima arkitek dan 108 penolong jurutera awam bagi memacu pelaksanaan projek-projek fizikal yang dipertanggungjawabkan kepada JKR Sabah, susulan keputusan pengiktirafan sebagai jabatan teknikal bagi melaksanakan projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah.