Syor wujud aktiviti tarik belia ke masjid, surau

LocalPolitics
14 Aug 2024 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

PAPAR: Jawatankuasa induk masjid dan surau di sini digesa menumpukan usaha mewujudkan aktiviti yang boleh menarik minat golongan muda untuk mengunjungi kedua-duanya secara sukarela.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pantai Manis Datuk Seri Abdul Rahim Ismail berkata, ini penting kerana kira-kira 60 peratus penduduk di daerah ini terdiri daripada golongan belia.

Beliau berkata, tidak ramai belia tempatan (Islam) berminat untuk ke masjid dan surau melainkan ketika solat Jumaat, solat khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Beliau berkata satu cara untuk menarik minat dan perhatian belia ialah dengan menganjurkan bukan sahaja aktiviti keagamaan tetapi juga aktiviti bukan keagamaan.

SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more “Saya perhatikan majoriti jemaah tetap masjid dan surau adalah warga emas dan tidak ramai orang muda dilihat.

“Justeru, pengerusi perlu mencari cara untuk menarik perhatian belia tempatan kita di sini untuk pergi ke masjid dan surau, bukan sahaja untuk bersolat dan menghadiri aktiviti keagamaan, tetapi juga menyertai aktiviti bukan agama.

“Sebagai contoh, mereka boleh membuat acara sukan seperti menganjurkan pertandingan bola sepak, futsal atau badminton,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada Daily Express selepas meninjau tapak cadangan pembinaan tempat letak kereta dan kawasan tambahan untuk menaik taraf Surau Al-Jannah Kg Padang Pulasan di sini, Selasa.

Beliau diiringi Pengerusi Surau Nizam Matsah dan beberapa ahli jawatankuasa.

Bekas Adun Pantai Manis itu berkata, beliau optimis aktiviti sukan sebegini dapat menarik minat golongan belia terutama mereka yang gemar bersukan.

Beliau juga mengesyorkan jawatankuasa menganjurkan beberapa kursus jangka pendek seperti kemahiran hidup dan insaniah termasuk belajar menjahit, memasak, menghasilkan kraftangan tempatan dan pengucapan awam.

Terdahulu, Abdul Rahim berkata beliau bersetuju dengan Nizam yang menyatakan hasrat jawatankuasa induk untuk menaik taraf surau itu menjadi masjid berikutan peningkatan jumlah umat Islam, termasuk jemaah yang bersolat dan berjemaah di situ.

“Saya difahamkan ketika ini surau ini hanya boleh memuatkan 50 orang dan jawatankuasa induk memerlukan kawasan letak kereta yang lebih luas.

“Saya akan membawa cadangan naik taraf surau menjadi masjid yang boleh memuatkan 150 orang kepada pihak berkuasa untuk pertimbangan,” katanya.

Bagi menyediakan kawasan letak kereta lebih luas, Abdul Rahim berkata beliau akan membawanya ke pejabat Parlimen Papar untuk mendapatkan bantuan melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Manis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article