
TAWAU: Kerajaan Sabah dicadang agar mewujudkan satu badan pemikir profesional dalam usaha membantu kerajaan membangunkan lagi negeri ini.
Teknologis Profesional Telekomunikasi & Teknologi Penyiaran, Ts. Ismail Awang (gambar) berkata, badan tersebut hendaklah terdiri daripada golongan profesional dalam pelbagai bidang utama ekonomi Sabah.
“Namun, jika badan tersebut sudah pernah diwujudkan sebelum ini, ia perlu ditambah baik dan dilaksanakan secara komprehensif supaya dapat mencapai objektifnya,” katanya.
