
TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mencadangkan untuk Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR) yang memfokuskan pengeluaran ruminan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan rusa diwujudkan di Parlimen Kalabakan.
Menurutnya, Kalabakan mempunyai potensi ekoran kawasannya yang masih luas dan sesuai, dan sebuah kawasan ragut sudah pun tersedia di Pulau Sebatik.
“Kawasan ragut itu berkeluasan 300 ekar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah…
“Cadangan penggunaan tanah ini boleh dipanjangkan kepada kerajaan negeri atau membuka kawasan baharu kerana masih banyak tanah milik kerajaan yang boleh dibangunkan,” katanya pada lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin di Bilik Mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan.
