SYUKUR 2025 : Jadual Bayaran & Semakan Status

LocalPersonal Finance
18 Sep 2025 • 4:10 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Untuk pengetahuan anda tarikh bayaran program SYUKUR fasa 3 adalah pada akhir September 2025. Semakan status bayaran secara online boleh dibuat melalui https://syukur.sabah.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual bayaran yang disediakan di bawah untuk mengetahui anggaran bulan pembayaran bantuan ini dilakukan sepanjang tahun.

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau SYUKUR kembali lagi pada tahun 2025 ini untuk membantu dalam meringankan beban rakyat Sabah. Berikut merupakan jadual tarih bayaran bagi fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4, untuk maklumat anda.

Pengenalan SYUKUR 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 atau SYUKUR merupakan satu program di bawah kerajaan negeri Sabah yang dijalankan bagi membantu dalam meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar dalam kalangan rakyat negeri tersebut. 

Melalui program ini, penerima bantuan yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM900 setiap 3 bulan (4 fasa) sehingga 31 Disember 2025. Perkara ini bermaksud setiap penerima sekurang-kurangnya akan menerima RM300 sebulan. 

Kaedah pembayaran bantuan ini boleh dipilih oleh penerima bantuan sendiri sama ada melalui akaun bank, secara tunai atau bagi penerima yang memilih kaedah e-Wallet anda boleh menerima bayaran bantuan ini melalui aplikasi YONO Superapp. 

image is not available

Tujuan Pelaksanaan SYUKUR 2025

Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
image is not available

Notis Semakan Penerima SYUKUR FASA 3 (2025)

image is not available

Status permohonan anda untuk Program SYUKUR Fasa 3 (2025) kini boleh disemak melalui Sistem SYUKUR.

Orang awam yang telah membuat permohonan atau tersenarai sebagai penerima adalah dialu-alukan untuk membuat semakan melalui pautan berikut: https://syukur.sabah.gov.my/

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon. Penerima yang layak dikehendaki mengemaskini maklumat akaun bank atas nama sendiri melalui sistem yang sama.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi MySMJ:Profiler di Pejabat Daerah yang berdekatan.

Cara Semak Status SYUKUR 2025

Bagi anda yang telah melakukan permohonan, anda boleh melakukan semakan status kelayakan program bantuan SYUKUR 2025 ini dengan mengikuti enam langkah mudah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Online https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian Semakan Permohonan di sebelah kiri skrin.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Pengguna akan dibawa ke laman rasmi SYUKUR
  5. Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan dan klik Semak.
  6. ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.
image is not available

*NOTA: Anda juga boleh melakukan semakan dengan mudah menggunakan aplikasi YONO

image is not available

Tarikh Bayaran SYUKUR 2025

Untuk pengetahuan anda tarikh bayaran program SYUKUR fasa 3 adalah pada akhir September 2025. Anda boleh rujuk jadual bayaran yang disediakan di bawah untuk mengetahui anggaran bulan pembayaran bantuan ini dilakukan sepanjang tahun.

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula 19 Februari 2025 (Rabu)
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula akhir September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.
image is not available

Maklumat lanjut SYUKUR 2025

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang SYUKUR 2025 ini anda boleh hubungi pihak bertanggungjawab di talian berikut: