“Syukur Negara Kita Ada Undang-Undang” – Puteri Sarah Tidak Mahu Berdamai, Tekad Pertahankan Diri

Entertainment
11 Nov 2022 • 1:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Umum mengetahui bahawa isu ketegangan antara pelakon Puteri Sarah serta Ira Kazar masih lagi berlarutan hingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Puteri Sarah telah bernekad untuk tidak menarik balik tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa telah menganggu hubungan rumah tangga pelakon itu bersama suaminya, Syamsul Yusof.

Mahu tindakan undang-undang

image is not available

Menurut laporan daripada Gempak, Puteri Sarah tidak akan menarik balik dakwaan terhadap Ira Kazar dan sekaligus menolak kenyataan bapa kepada wanita tersebut, Kazar yang mengharapkan mereka dapat berdamai.

Syukur negara kita ada undang-undang sebab kalau tidak mungkin saya berterusan dilanyak. Jadi biarpun perbicaraan lambat, saya okay saja, saya boleh terus kehidupan saya macam biasa sebab saya tak bersalah. – Puteri Sarah

Pelakon itu memaklumkan dirinya kini lebih tenang sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata dan juga kerjayanya yang telah menerima banyak tawaran kerja.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.