“Syurga buatmu dik” -Wanita kongsi video jaga ibu ayah terima pujian ramai

Family & Parenting
11 May 2024 • 5:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Wanita kongsi video jaga ibu dan ayahnya yang sedang sakit telah menerima pujian ramai susulan kegigihannya mengangkat mereka dari katil untuk di bawa ke hospital.

Bapa ibu pergi pemeriksaan

Menerusi muat naik Aisyah Ishak, dia telah berkongsi cara-cara mengangkat ibunya yang terbaring di katil sebelum dipindahkan ke kerusi roda untuk dibawa menaiki kereta menuju ke pusat perubatan bagi tujuan pemeriksaan.

@aisyahishak5

#CapCut kite bawak mak jumpe doktor buat checkup harini. Tambah candy baru .

♬ Buah Hati – Armada

Wanita kongsi video jaga ibu, ayah juga berkerusi roda

Menurut Aisyah, ibunya mengalami minor stroke dan memang memerlukan bantuan untuk bergerak terutamanya jika sudah berada di katil.

Dalam perkongsian video yang lain, dapat dilihat bapanya juga menggunakan kerusi roda kerana mengalami masalah saraf.

@aisyahishak5

Replying to @fakrulalimin1 Mak terharu baca komen semua. Terima kasih kepada semua yg mendoakan mak dan keluarga saya. Bapak datang bawak hasil .

♬ original sound – SYOKNYA! – SYOKNYA!

Wanita kongsi video jaga ibu & ayah dapat perhatian ramai

Video-video yang dikongsikan wanita itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata terharu dengan pengorbanan seorang anak menjaga ibu bapa yang sedang sakit.

Mereka juga memuji usaha Aisyah dengan mencari alternatif untuk mengangkat ibunya yang terlantar sakit serta mendoakan agar dia dipermudahkan urusan serta memasuki syurga tanpa hisab kerana berbakti kepada orang tua.

 

 

image is not available

Syurga buatmu dik

image is not available

 

Semoga urusan kamu dipermudah

image is not available

Terus kuat dan bersabar ye

image is not available

Semoga Allah angkat darjat awak

image is not available

 

Sumber: TikTok aisyahishak5