“Syurga” – Video BamBam GOT7 Kopek & Makan Durian Di Malaysia Curi Perhatian

Entertainment
13 Jul 2024 • 2:19 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas konsert solonya pada tahun lepas, BamBam sekali lagi datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminatnya!

Pada 13 Julai hari ini, BamBam akan mengadakan acara perjumpaan bersama peminatnya di Malaysia, berkolaborasi dengan jenama smartphone iaitu Xiaomi.

Sejurus ketibaannya di lapangan terbang KLIA, lelaki itu terus disambut meriah peminat yang merinduinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BamBam (@bambam1a)

Menarik perhatian, BamBam ada berkongsi di Instagram bahawa dia sempat untuk makan durian di sini. Dalam video yang dimuat naik, lelaki itu nampak teruja untuk membuka duriannya sendiri dan puas hati dengan kelazatannya. Tulisnya di laman X,

Syurga.

Bukan sahaja durian malahan, penyanyi itu turut berkongsi bahawa dia sangat sukakan Bak Kut Teh, iaitu hidangan rusuk khinzir yang dimasak dalam sup, juga antara makanan popular di Malaysia.

Dah boleh jadi orang sini dah BamBam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.