
Sze Fei-Izzuddin Kini Duduki Ranking Ke-3 Dunia
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, mencipta sejarah apabila melonjak empat anak tangga untuk menduduki ranking ketiga dunia, berdasarkan kemas kini terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pencapaian ini hadir selepas mereka berjaya melakar prestasi cemerlang sepanjang musim 2024, termasuk muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir yang berlangsung di Hangzhou, China.
Dalam perlawanan akhir, Sze Fei-Izzuddin yang lebih dikenali sebagai pasangan FeiDin, memberikan saingan sengit kepada lawan mereka.
Namun, mereka terpaksa akur apabila tewas kepada beregu pilihan Denmark, Kim Astrup dan Anders Rasmussen, yang kini menyandang gelaran beregu nombor satu dunia.
Membawa pulang hadiah lumayan bernilai ASD100,000 (sekitar RM445,300), pasangan FeiDin turut menggenggam 12,000 mata ranking dunia.
Ini sekali gus menjadi penyumbang utama yang melonjakkan kedudukan mereka daripada tangga ketujuh ke tangga ketiga dunia.
Sementara itu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula, jatuh satu anak tangga dalam ranking dunia dan kini menghuni kedudukan keenam.
https://x.com/Statminton/status/1868265893752676699?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1868265893752676699%7Ctwgr%5Edc12ee1b91ffc7cfc4d788328462a6b08a81b666%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.stadiumastro.com%2Fsukan-badminton%2Flonjak-empat-anak-tangga-feidin-kini-beregu-ketiga-dunia-279005
Sumber: Stadium Astro
The post Sze Fei-Izzuddin Kini Duduki Ranking Ke-3 Dunia appeared first on Siakap Keli.

