Sze Fei-Nur Izzuddin tumbangkan beregu Indonesia dalam masa 81 minit

14 Dec 2024 • 8:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sze Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China pada Sabtu

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China pada Sabtu.

Sze Fei-Nur Izzuddin mara selepas menyingkirkan cabaran wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi separuh akhir.

Set pertama perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin bermula sedikit gemuruh apabila tewas kepada gandingan nombor empat dunia itu 17-21.

Set kedua Sze Fei-Nur Izzuddin kembali memperkemaskan permainan berjaya menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-16 ke atas Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Set penentuan Sze Fei-Nur Izzuddin dan Fajarn-Muhammad Rian masing-masing tampil lebih agresif apabila saling bertukar mata yang akhirnya dimenangi gandingan negara 27-23 dalam masa 81 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin sebelum itu mencipta kejutan apabila menjinakkan cabaran juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, Lee Yang-Wang Chi-Iin dari Taiwan dalam kempen kumpulan.

Beregu nombor tujuh dunia tersebut sebelum itu hadir ke gelanggang diinspirasikan kemenangan ke atas wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 15-21 21-19 21-13 dalam masa 53 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang berdepan Lee Yang-Chi-lin yang jauh berpengalaman ternyata berdepan saingan sengit sebelum menang 23-22. 21-12 dalam masa 42 minit

Sze Fei-Nur Izzuddin memulakan kempen Kumpulan A berdepan jagoan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup dengan langkah kiri apabila tewas 21-18, 16-21, 21-14 dalam masa 74 minit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved