T-Mobile Digodam – Maklumat Peribadi 37 Juta Pelanggan Diakses

TechnologyDigital
20 Jan 2023 • 1:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

T-Mobile, salah satu syarikat telekomunikasi yang terkenal di Amerika Syarikat baru-baru ini mengesahkan bahawa pengkalan data pelanggan mereka telah diakses oleh penggodam, dimana butiran peribadi 37 juta pelanggan mereka telah diakses dan dicuri.

Perkara itu diumumkan oleh T-Mobile sewaktu pembentangan kewangan mereka baru-baru ini. Perkara tersebut berlaku sekitar penghujung tahun lepas dimana penggodam menggunakan API untuk mengakses data tersebut.

Pihak T-Mobile sedar mengenai perkara ini sebulan kemudian, dan kemudiannya telah memperbaiki perkara tersebut, dan API tersebut tidak lagi boleh diakses secara terbuka.

image is not available

Data pelanggan seperti nama, alamat bil, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir, nombor akaun dan juga pelan yang dilanggan. Para pelanggan yang terkesan oleh godaman ini juga telah diberitahu, dan dinasihati untuk menukar kata laluan akaun mereka.

Dalam pada itu, T-Mobile juga mengesahkan bahawa sistem dalaman syarikat tersebut tidak diakses oleh penggodam tersebut, dan setelah diteliti, tiada bukti yang ditemui dimana perkara tersebut telah berlaku.

Menariknya, ini bukanlah kali kedua ataupun ketiga syarikat telekomunikasi tersebut telah digodam. Dengan insiden terbaru ini, ia turut dilaporkan bahawa T-Mobile telah digodam sebanyak 8 kali sehingga kini.